Home

Hero

Maybank Group Personal Data Privacy Statement

Penyata Privasi Data Peribadi Kumpulan Maybank

Bagi tujuan membekalkan produk/perkhidmatan kepada anda, data peribadi anda diperlukan oleh pihak kami. Apabila anda memberikan data peribadi anda kepada kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi privasi data peribadi anda. Justeru itu, kami ingin anda menyedari perkara berikut:

  1. Mengapa Kami Memerlukan Data Peribadi Anda?
    Kami memerlukan data peribadi anda:
    1. Untuk tujuan pengenalan identiti anda, pengesahan komunikasi dengan anda, dan memastikan bahawa arahan yang kami terima adalah daripada anda;
    2. Untuk memenuhi kewajiban kami di bawah undang-undang dan pengawalseliaan;
    3. Untuk menilai kesesuaian produk/perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda;
    4. Untuk tujuan analisis dan kaji selidik pasaran, agar kami dapat mengembangkan dan menawarkan produk/perkhidmatan yang lebih baik;
    5. Bagi memudahkan operasi kami, dan untuk memproses transaksi, dan arahan anda.

     

  2. Apakah Jenis Data Peribadi Anda Yang Kami Kumpulkan?
    Kami akan mengumpulkan data yang membolehkan pihak kami untuk:
    1. Mengenali anda (contohnya: nama, nombor pengenalan, tarikh lahir);
    2. Berkomunikasi dengan anda (contohnya: alamat, nombor telefon);
    3. Menilai profil anda (contohnya: butiran pekerjaan);
    4. Memenuhi kewajiban di bawah undang-undang dan pengawalseliaan (contohnya: kewajiban pelaporan);
    5. Merekod butiran transaksi/komunikasi anda dengan kami; (contohnya: rakaman suara/video, data biometrik, data dari internet dan aplikasi mudah alih).

     

  3. Kepada Siapa Data Peribadi Anda Dikongsi?
    Tertakluk kepada pematuhan undang-undang dan kewajiban pengawalseliaan, data peribadi anda akan dikongsi:
    1. dengan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Maybank;
    2. dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan-badan pengawalseliaan, dimana kami wajib melakukannya dalam keadaan tertentu;
    3. sekiranya perkongsian diperlukan untuk melindungi kepentingan anda dan jika persetujuan anda sebelum itu tidak praktikal untuk diperolehi;
    4. dengan pihak ketiga yang telah kami berkontrak untuk memberikan perkhidmatan tertentu kepada anda. Pihak ketiga ini juga tertakluk kepada dasar privasi yang sama seperti kami; dan
    5. dengan sebarang pihak yang disetujui oleh anda untuk perkongsian data peribadi anda.

    Walaupun data anda mungkin dikongsi dengan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Maybank dan rakan-rakan kongsi strategik tertentu bagi tujuan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang kami percaya mungkin memanfaatkan anda, kami tidak akan menghubungi anda bagi tujuan pemasaran melainkan jika anda telah memberikan persetujuan anda, untuk kami membuat demikian. Kami juga ingin memberi jaminan bahawa kami tidak akan menjual data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.

     

  4. Dari Mana Kami Mengumpulkan Data Anda?
    Kami memperolehi data peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk:
      1. maklumat yang diberikan oleh anda atau melalui sumber yang dibenarkan oleh anda;
      2. maklumat yang diperolehi dari sumber yang sah dan tersedia secara umum;
      3. maklumat yang dikeluarkan kepada kami oleh pihak berkuasa;
      4. biometrik, jejak digital, geolokasi, imej video dan rakaman suara yang diperolehi semasa anda berinteraksi dengan kami, sama ada secara fizikal atau melalui saluran digital.

     

  5. Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Anda?
    Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi privasi data anda, baik dalam bentuk fizikal atau digital, ini termasuk menyediakan prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang mematuhi taraf amalan terbaik antarabangsa. Langkah-langkah ini sentiasa disemak secara berkala untuk memastikan ia berkesan dan mencukupi. Semua kakitangan dan pihak ketiga yang dibenarkan perlu mematuhi langkah-langkah dan amalan-amalan ini juga.

     

  6. Apa Hak Anda Sebagai Pemberi Data Kepada Kami?
    Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa ada kemungkinan kos yang terlibat, bergantung kepada jenis data yang diminta.

    Anda juga berhak untuk menarik balik persetujuan untuk kami memproses data peribadi yang anda berikan. Namun demikian, penarikan persetujuan anda mungkin memberi kesan kepada produk/perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda.

    Anda juga boleh membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda yang telah diberikan kepada kami.  Sila hubungi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda, atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang ada dengan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini.

    Anda boleh menghubungi kami dengan mengunjungi mana-mana cawangan kami atau menelefon talian khidmat pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau +603-784-3696 sekiranya anda berada di luar negara.

     

  7. Kemas kini Penyata Privasi
    Kami akan mengemas kini Penyata Privasi ini dari masa ke semasa. Sila semak Penyata Privasi ini secara berkala supaya anda sentiasa kekal maklum tentang cara maklumat anda dilindungi.

     

Kali terakhir Penyata Privasi ini dikemas kini adalah pada November 2021.