Hero

 

Home

 

Kami percaya bahawa untuk merealisasikan sesuatu perkara yang hebat, apa yang diperlukan adalah untuk semua individu yang mempunyai matlamat yang sama untuk bergabung tenaga.

 

Sempena Ramadhan ini, Maybank berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan sesama kita melalui pelbagai amalan kebaikan dan inisiatif untuk kemakmuran kita bersama, dan kami ingin menjayakannya bersama anda.

 

Pabila kita bergabung tenaga, kita boleh menjadi pemangkin kebaikan, dan memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan

Marilah kita berkongsi kebaikan dengan mengambil bahagian dalam mana-mana inisiatif ini:

[Hidangan RM5] Menu Rahmah

Sempena Ramadhan ini, marilah kita menatang amalan kebaikan untuk kelapangan jiwa. Apa kata kita jamu seseorang, atau berbuka dengan seseorang? Dengan hidangan RM5 Menu Rahmah, anda boleh mengeratkan silaturrahim dengan cara yang paling menjimatkan.

 

Order hari ini.

 

Tarikh: 23 Mac 2023 – 21 April 2023

Maybank Islamic Add Good To Cart

Jika anda suka berbelanja di atas talian, inilah peluang anda untuk melakukan amalan kebaikan sambil membeli belah dengan menggunakan Kad Kredit Ikhwan.

 

Learn more.

 

Tarikh: Sepanjang musim Ramadhan-Raya.

Anda Simpan & Sokong, Kami Derma #UntukMu

Perancangan dan simpanan demi masa depan adalah keutamaan kebanyakan individu. Bagaimana jika anda boleh menyimpan sambil membantu golongan yang memerlukan? Sempena bulan yang mulia ini, jadikan simpanan atau pelaburan anda lebih bermakna dengan sokongan untuk membuka sehingga RM100,000 sumbangan amal sambil berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM100,000.

 

Ketahui caranya.

 

Tarikh: 01 Mac 2023 – 31 Julai 2023

 

Bantuan Ramadhan Serantau, Maybank Islamic

Disepanjang bulan Ramadhan ini, Maybank Islamic akan menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada lebih 7,000 komuniti di 11 buah negara bagi memenuhi keperluan asas pemakanan mereka.

 

Tarikh: 11 Mac 2023 – 08 April 2023

Maybank Islamic Tautan Kasih (Kurma & Iftar)

Keriangan berbuka puasa bersama sahabat handai membantu memupuk semangat ukhuwah sesama insan. Bagi mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat setempat, Maybank dan Maybank Islamic akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di seluruh Negara bertempat di cawangan-cawangan Maybank yang terpilih.

 

Tarikh: Sepanjang bulan Ramadhan

Imbas dan Bayar Untuk Amalan Sedekah

Tunaikan ibadah Zakat melalui fungsi sedia ada di aplikasi MAE dan M2U atau Imbas dan Bayar untuk sedekah di masjid/surau terpilih berdekatan anda. Bersama, kita mampu merubah nasib mereka yang memerlukan.

Ketahui lokasi berdekatan anda disini.

 

Tarikh: 23 Mac 2023 – 22 April 2023