Back

Maybank Islamic Lancar Akaun Pelaburan Multi-Asset Investment Account-i Penjagaan Kesihatan Global

Akaun pelaburan patuh Syariah jangka pendek dengan sasaran pulangan 6% dalam tempoh 18 bulan

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2021: Maybank Islamic Berhad melancarkan akaun pelaburan Multi-Asset Investment Account-i (MAIA) kedua yang disebut MAIA Global Healthcare dengan pelaburan sama rata dalam aset pembiayaan stabil Bank dan ekuiti penjagaan kesihatan Syariah global.

MAIA Global Healthcare adalah akaun pelaburan tertutup pelbagai aset selama 18 bulan dengan objektif pelaburan untuk mencapai sasaran pulangan 6 peratus dalam tempoh tersebut atau 4 peratus setahun.

Dibuka kepada pelabur sejak 22 April 2021, produk pelaburan yang menawarkan pelaburan awal minimum RM5,000 menyasarkan saiz dana sebanyak RM500 juta pada akhir tempoh tawaran pada 31 Mei 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican berkata, pelaburan sama rata dalam aset pembiayaan Bank dan ekuiti penjagaan kesihatan memberikan potensi kenaikan kepada pelabur dengan sekuriti yang boleh dipasarkan sambil menikmati faedah membiayai aset yang dapat menguruskan risiko penurunan dengan berkesan.

"Dengan sokongan oleh kualiti aset yang kuat dari Maybank Islamic, MAIA Global Healthcare menawarkan produk pelaburan ketaktentuan yang rendah kerana aset pembiayaan kami yang stabil dan ini akan memberikan aliran pendapatan yang stabil ke portfolio pelaburan," katanya.

"Keunikan MAIA adalah gabungan pelaburan di mana ekuiti dapat memberikan potensi pulangan yang lebih tinggi sementara aset pembiayaan dapat melindungi pelabur dari risiko penurunan dalam keadaan pasaran yang buruk," tambahnya.

Pelaburan dalam aset pembiayaan akan diuruskan oleh Maybank Islamic sementara ekuiti akan diuruskan oleh Pengurus Pelaburan Luar, Maybank Islamic Asset Management (MIAM), yang mana Schroders adalah Penasihat Pelaburan.

Dato’ Mohamed Rafique berkata, “Kami yakin bahawa tawaran terbaru kami dapat memenuhi keperluan para pelabur yang mencari pilihan pelaburan Syariah dengan tujuan untuk mengekalkan modal sambil menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dan stabil”.

Pelaburan dalam ekuiti penjagaan kesihatan juga akan membolehkan pelabur melabur dalam syarikat yang sentiasa berinovasi untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Untuk bahagian peruntukan ekuiti, MIAM akan menumpukan perhatian kepada stok penjagaan kesihatan dengan pelaburan dalam syarikat yang berpotensi memberi pertumbuhan yang mampan, serta dengan menjadikan Schroders sebagai penasihat pelaburannya yang mana mempunyai kepakaran mendalam dalam bidang ini, kami rasa berbesar hati menawarkan peluang pelaburan ini kepada para pelanggan kami”, tambah Dato’ Mohamed Rafique.