Back

Kempen Akaun Deposit dan Pelaburan Maybank Islamic Melepasi Sasaran RM1 Billion

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2020: Kempen akaun deposit dan pelaburan Maybank Islamic “Win A Honda Jazz and Honda City” baru-baru ini melepasi sasaran awal sebanyak RM1 billion dengan mencatatkan RM1.47 billion simpanan baharu.

Peningkatan tersebut dicatat melalui kempen berlangsung selama 6 bulan bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Januari 2020 yang menawarkan dua buah hadiah kereta Honda baharu kepada para pelanggannya.

Maybank Islamic hari ini juga mengumumkan dua pemenang kempen berkenaan yang masing-masing membawa pulang sebuah kereta Honda Jazz dan Honda City baharu.

Pemenang Honda City dan Honda Jazz yang bernilai hampir RM90,000 setiap satu adalah Perbadanan Pengurusan Taman Raintree dari negeri Selangor dan Poliklinik Utama Sdn Bhd dari Kelantan yang merupakan pelanggan akaun semasa patuh syariah Maybank Islamic.

Setiausaha Perbadanan Pengurusan Taman Raintree, Encik Rosaimi Abdul Rahman berkata sebagai pelanggan setia akaun semasa Maybank Islamic sejak tahun 2013, beliau tidak menyangka sebuah badan pengurusan layak untuk memenangi hadiah seperti ini.

“Sejak tahun 2013, kami amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak Maybank Islamic terutama dari cawangan Maybank Taman Sri Gombak yang sentiasa memberikan layanan yang mesra, cepat serta mudah dalam berurusan. Selain itu, produk di tawarkan juga adalah pelbagai dan terbaik untuk kami. Setahu kami ini, kami juga adalah Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang pertama di Malaysia memenangi hadiah seperti ini”.

Dr Nik Zailan Nik Mohamad dari Poliklinik Utama Sdn Bhd dari Kelantan berkata, sejak membuka akaun dengan Maybank Islamic pada tahun 2006 beliau tidak pernah menyangka untuk mendapat hadiah yang begitu hebat dari Maybank Islamic.

“Saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Maybank Islamic kerana sentiasa memberi penghargaan kepada para pelanggannnya. Seperti hari ini, saya berpeluang membawa pulang sebuah kereta Honda Jazz baharu”.

“Saya juga menyarankan kepada orang di luar sana untuk mengambil produk-produk yang ditawarkan oleh Maybank Islamic serta merebut peluang memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti ini”, tambah beliau.


###

Maybank Islamic adalah peneraju institusi perbankan Islam terkemuka ASEAN dan bank komersial Islam terbesar di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 31.1% daripada pembiayaan Islam serta deposit dan akaun pelaburan sebanyak 27.8% pada 31 Disember 2019. Pada tempoh yang sama, jumlah aset Maybank Islamic telah meningkat 9% kepada RM245.2 billion.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Komunikasi Strategik
Maybank Islamic Berhad
Level 10, Menara A, Dataran Maybank,
1, Jalan Maarof, 59000, Bangsar, Kuala Lumpur
T: 03-22972000 F: 03-2297 2002

Roziana Hamsawi +603 2297 2211| +6012 324 6502 | roziana.h@maybank.com
Fadhli Asri +603 2297 2479| +6017 930 0395 | mnfadhli.aa@maybank.com