Back

Selling what one does not own

A woman put out an advertisement for her work as a merchant in the following manner:

She shows her clients the commodities she has or describes to them those which she does not have. She then purchases the items they choose and sells them to the clients on deferred payment basis with profit. Please note that some people consider such transactions to be forbidden. They maintain that she is not entitled to trade in all commodities and that she must have the commodities in her possession and not merely buy them according to her clients' wishes. According to them, such transactions do not subject her to loss which is among the conditions of trade.

Answer:

Based on the opinion of the majority of scholars, it is established in Islamic law that transactions involving selling for either immediate or deferred payment for a determinately known maturity date are valid. This is because such transactions are a form of murabaha.

What is murabaha?

It is a transaction sanctioned in Islamic law in which it is permissible for the seller to stipulate an increase in price in return for deferring payment. This is because even though the deferment does not equal real currency, in murabaha there is an increase in price in exchange for deferment when a specific date is mentioned. Conditions include:

- Attaining an agreement between the parties involved.

- There is nothing to prevent such a sale.

- The people are in need of it, whether they are buyers or sellers.

Trading in commodities

The claims that a merchant is not entitled to trade in all commodities but must stick to one product and that his trade must be subject to loss amount to speaking on behalf of Allah without knowledge.

Selling what one does not have

It is valid to sell a commodity before taking possession of it in the context of a salam transaction (buying in advance) which involves selling described merchandise which the seller is under obligation to deliver to the buyer. Its permissibility is evidenced by the Qur`an, sunnah, and scholarly consensus.

Allah the Almighty says,

O ye who believe! When ye deal with each other, in transactions involving future obligations in a fixed period of time … [Al-Baqarah: 282]

Ibn Abbas (may Allah be pleased with them both) said, "This verse was revealed in relation to salam sale."

The Prophet said, "Whoever enters into a [salam] contract for dates should do so for a determinately known measure, weight and date" [recorded by Al-Bukhari and Muslim]. A salam transaction is most manifest in a sale involving a conventional commodity such as a refrigerator of a certain brand, capacity, color and features.

The kind of sale mentioned in the question can be amended in the following manner:

- The merchant agrees with the buyer on the commodity the latter wishes to buy from him;

- The merchant buys it first;

- The merchant then sells it to his client.

In this instance, the transaction is considered the permissible sale of a commodity in the merchant's possession and not from among the prohibited transactions involving the sale of absent goods. Furthermore, the buyer can accompany the merchant to the place from where he will buy the desired commodity. Then the merchant buys the commodity and sells it to the buyer on credit. The merchant may also commission the buyer to buy the commodity on his behalf in cash. The buyer then purchases it from him and pays in installments. There is no doubt concerning the lawfulness of this transaction — it benefits both parties and facilitates matters for both without contravening Islamic law.

The ruling

Based on the above, this woman's work is permissible if conducted in the manner described above.

Allah the Almighty knows best.

Source:

Click here to view the source

 

Menjual Barang Yang Tiada Pada Penjual

Kami merujuk kepada soalan no. 620 pada tahun 2006: Apakah hukumnya jika seorang wanita yang mempromosikan dirinya sebagai seorang peniaga; kemudian apabila ada pelanggan yang berminat untuk membeli sesuatu barangan daripada beliau, wanita itu akan memperlihatkan barangannya, atau sekadar memberitahu sifat/spesifikasi sesuatu yang belum lagi wujud padanya. Wanita itu kemudiannya akan membeli barang tersebut dan menjualnya secara ansuran kepada pembeli dengan diambil kadar untung? Sebahagian orang mengatakan bahawa transaksi seperti ini adalah dilarang kerana mereka mendakwa bahawa wanita itu tidak layak untuk berniaga apa-apa pun (kerana tidak memeliki barang). Bagi mereka wanita ini mesti mempunyai barangannya sendiri dan tidak hanya membeli barang niaganya berdasarkan permintaan pembeli kerana dengan ini seolah-olah wanita tersebut langsung tidak terdedah kepada kerugian, (ini bersalahan dengan) syarat perniagaan iaitu (menurut mereka) peniaga mesti terdedah kepada kerugian.

Jawapan Professor Dr. ‘Ali Jumaah Muhammad:

Adalah sesuatu yang disepakati oleh Syara’ bahawa sebuah jual beli boleh dilakukan secara lani atau secara bayaran tangguh pada masa yang disepakati.  Peningkatan harga sebagai imbalan kepada penangguhan masa pembayaran ini adalah suatu yang diharuskan daripada sudut syara’ menurut pendapat Jumhur Fuqaha’ kerana ia adalah suatu bentuk kontrak Murabahah.

Apakah itu Murabahah?

Ini merupakan salah satu bentuk jual beli yang dibenarkan Syara’ yang membenarkan syarat pertambahan harga kerana penangguhan bayaran supaya tercapai keredhaan antara kedua belah pihak. Keharusannya ini juga adalah kerana tiada sebarang larangan untuk transaksi seperti ini disamping dapat memenuhi hajat manusia mahupun penjual atau pembeli.

Transaksi Barang Yang Spesifik

Dakwaan bahawa peniaga tidak dibenarkan untuk berniaga semua jenis barangan dan mereka hanya dibenarkan untuk menjual jenis barangan tertentu sahaja dan dakwaan yang mengatakan bahawa antara syarat sah sesebuah perniagaan itu adalah penjual barang mesti terdedah kepada kerugian adalah satu penyelewengan. (القول على الله بلا علم)

Jualan barang yang tidak dimiliki

 Adapun menjual barang yang tidak dimiliki oleh seseorang adalah sah jika melibatkan akad salam (tempahan) dan ini merupakan suatu transaksi yang termasuk dalam perniagaan di mana penjual bertanggungjawab untuk menyerahkan barang yang telah dipersetujui pada harga yang tertentu pada tempoh yang dijanjikan kepada pembeli. Dalilnya adalah berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijma’. Dalil Al-Quran adalan pada firman Allah:

يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى

“Wahai orang yang beriman, jika kamu berhutang untuk suatu tempoh yang tertentu…”

(Al-Baqarah: 282)

Ibnu Abbas menafsirkan bahawa ayat ini turun menerangkan hukum akad salam.

Dan menurut sunnah, sebuah hadith Nabi Sallahu alaihi wasallam menyatakan:

من أسلف في تمر فليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم إلى أجل معلوم

“Sesiapa yang mengadakan akad salam (tempahan) untuk membeli tamar, maka tempahlah dalam kuantiti yang dispesifikkan, pada berat yang tertentu dan hingga tempoh yang ditetapkan” Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim.

Maka hadith di atas juga secara jelas mengharuskan persetujuan kontrak seperti ini bagi barang-barang harian seperti peti sejuk yang dispesifikkan jenamanya, saiznya, warnanya, dan spesifikasinya. Urusniaga seperti ini juga boleh dijalankan dengan persetujuan peniaga dengan pembeli agar si peniaga membeli barangan yang diingini oleh pembeli terlebih dahulu dan kemudiannya menjualnya kepada pembeli. Maka dengan ini, urusniaga tersebut dianggap sebagai urusniaga penjualan barang yang wujud yang diharuskan dan bukannya penjualan barangan yang tiada. Boleh juga peniaga dan pembeli itu berpakat untuk pergi bersama ke kedai barangan yang diinginkan di mana peniaga akan beli barang yang diingini oleh pembeli dan kemudian menjual barang tersebut kepada pembeli secara ansuran.

Juga dibenarkan untuk peniaga itu mewakilkan pembeli untuk membeli barang itu bagi pihak peniaga kemudian pembeli itu membeli barang itu daripada peniaga secara ansuran. Ini adalah antara transaksi yang paling halal dan padanya terdapat manfaat kepada kedua-dua pihak dan meringankan mereka tanpa sebarang melanggar sebarang hukum Syara’.

Hukumnya

Maka merujuk pada soalan di atas, urusniaga wanita tersebut adalah sah dengan sifat yang diterangkan diatas. Wallahu a’lam.

Klik di sini untuk sumber