Back

Rulings on Competition Cards

Resolution No. 127 (1/14) Concerning Competition Cards

The Council of the Islamic Fiqh Academy of the Organization of the Islamic Conference in its Fourteenth session held in Doha (State of Qatar) from 8th to 13th Dhul Qa’idah 1423H (11-16 January 2003).

Having studied on the research papers presented to the Council on the subject of “Competition Cards” and having listened to the discussion on the subject,

RESOLVES

First: Definition of Competition:
Competition is an activity which involves betting between two parties or more, in realizing something or in performing something, regardless whether there is a prize or otherwise.

Second: Permissibility of Competition:

  1. Competition which does not offer a prize is permissible in matters that are not being prohibited by the Shariah and the matters that do not lead to abandoning what is obligatory (wajib) and committing what is impermissible (haram).
  2. Competition which offers a prize is permissible if it complies with the following conditions:
    1. The objectives, means, and the scope of the competition must be permissible.
    2. The prize should not be derived from all of the competitors/participant of the contest.
    3. The competition has to achieve any of the objectives recognized by the Shariah.
    4. It must not lead to abandoning what is obligatory (wajib) and committing what is forbidden (haram).

Third: Competition cards (coupons/tokens) whereby its price or part of its price is being used for the prizes, are not permissible in the Shariah because they are considered as a type of gambling (maysir).

Fourth:  Betting between two parties or more on the result of others’ conduct, be it in tangible or intangible matters, is not permissible; by virtue of general Quranic and Prophetic texts on the prohibition of gambling.

Fifth: Paying for phone calls in order to participate in competitions is not permissible if the amount or part of it is included in the prize value. This is to prevent from taking others’ property in an impermissible way.

Sixth: There is no prohibition for sponsors to benefit from promoting their products – without taking financial gains – through organizing permissible competitions, provided that the value of the prizes does not derive from the competitors’ contribution, and the promotion does not contain element of cheating, deception and betrayal to the consumers.

Seventh: increasing or decreasing the prize value in the event of loss in the round(s) that follow a victory is impermissible in the Shariah

Eighth:  Membership cards for hotels, airline companies and institutions that award points which can bring about permissible benefits, are permissible if they are free of charge (without payment). If they are issued with payment, then such acts are not permissible as they contain element of ambiguity.

RECOMMENDATIONS:
The Council recommends Muslims to seek for halal in their transactions as well as in their intellectual and recreational activities and to avoid any extravagance and wasteful expenditure.

Click here to view the source

 

Hukum Pertandingan Melibatkan Kad

RESOLUSI NO. 127 (14/1)

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERTANDINGAN MELIBATKAN  KAD
Majlis Akademi Fiqh Islam dalam Pertubuhan Persidangan Islam sesi Ke-14 yang diadakan di Doha (Qatar) dari 8 hingga 13 ZulKaedah 1423H (11-16 Januari 2003).

Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan kepada Majlis tentang “Pertandingan Melibatkan Kad” dan mendengar pandangan yang dikemukakan.

MEMUTUSKAN

Pertama:Definisi Pertandingan:

Pertandingan adalah satu aktiviti yang melibatkan pertaruhan di antara dua pihak atau lebih, dalam merealisasikan sesuatu atau melaksanakan sesuatu, tanpa mengira sama ada terdapat hadiah ataupun sebaliknya.

Kedua:Pertandingan yang dibenarkan:

  1. Pertandingan yang tidak menawarkan hadiah adalah dibenarkan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dilarang oleh Syariah dan ia adalah sesuatu yang tidak membawa kepada meninggalkan perkara yang wajib dan melaksanakan perkara yang dilarang (haram).
  2. Pertandingan yang menawarkan hadiah adalah dibenarkan jika ia mematuhi syarat-syarat berikut:
    1. Objektif, bentuk, dan konsep pertandingan mestilah dibenarkanoleh syariah.
    2. Hadiah hendaklah tidak diperolehi daripada yuran semua peserta pertandingan.
    3. Pertandingan hendaklah mencapai mana-mana objektif yang diiktiraf oleh Syariah
    4. Pertandingan tidak membawa kepada meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara yang dilarang (haram).

Ketiga:Pertandingan melibatkan kad (kupon / token) di mana semua harga atau sebahagian daripada harga yang digunakan untuk menyediakan hadiah adalah tidak dibenarkan di sisi Syariah kerana ia dianggap mempunyai unsur judi (maysir).

Keempat:Pertaruhan di antara dua pihak atau lebih untuk memutuskan pelaksanaan orang lain, sama ada dalam perkara yang nyata atau tidak nyata, adalah tidak dibenarkan; menurut Dalil Al-Quran dan Hadis bagi larangan perjudian.

Kelima:Pengenaan caj untuk panggilan telefon bagi menyertai pertandingan adalah tidak dibenarkan sekiranya jumlah atau sebahagian daripadanya dimasukkan ke dalam nilai hadiah. Ia adalah untuk mengelakkan daripada mengambil harta orang lain dengan cara yang tidak dibenarkan.

Keenam:Tiada larangan untuk penaja mendapat manfaat daripada mempromosikan produk mereka - tanpa mengambil keuntungan - melalui penganjuran pertandingan yang dibenarkan, dengan syarat nilai hadiah tidak datang daripada sumbangan peserta pertandingan dan promosi tersebut  tidak mengandungi sebarang unsur penipuan dan pengkhianatan kepada pengguna.

Ketujuh:Sebarang tambahan atau berkurangan nilai hadiah sekiranya berlaku kerugian dalam pusingan selepas memperolehi kemenangan adalah tidak dibenarkan di sisi Syariah.

Kelapan:Kad keahlian untuk hotel, syarikat penerbangan dan institusi yang memberikan (poin) mata yang boleh memberikan manfaat yang baik adalah dibenarkan jika ianya diberikan secara percuma (tanpa bayaran). Namun, sekira ianya diberikan dengan pembayaran, maka tindakan tersebut tidak dibenarkan kerana ia mengandungi unsur ketidakpastian.

CADANGAN:

Majlis mencadangkan umat Islam untuk mencari yang halal dalam sebarang transaksi mereka dan juga dalam aktiviti intelektual serta rekreasi. Ia bagi mengelakkan pemborosan dan pembaziran dalam perbelanjaan.

Klik di sini untuk sumber