Back

The Rulings for Investment in Currency Fund

  1. Dubai Islamic Bank

    Question:

    What are the Shariah parameters for investment in currency fund?

    Answer:

    The Council had reviewed the above topic, and had studied briefly related papers that explained the fund and its objectives as well as its modus operandi and the followings are found:

    1. The fund trades in various currencies; be it selling of currencies and buying of currencies and this falls under the category of foreign exchange (bay’ sarf). Foreign exchange has its own specific and detailed conditions that it needs to observe. Thus, it is mandatory to ensure that the modus operandi of the fund -that trades in various currencies- to comply with the conditions of sale and purchase transaction as well as the condition of physical delivery. As stated in the prospectus, the sale and purchase must be done on spot basis, and this signifies the delivery of the two exchanges. However, the Council is of opinion that that we request the fund to first seek our approval for its modus operandi, the mechanism used to deliver the currencies, and the sale and purchase matters, in an extensive and detailed manner.
    2. The prospectus has also stated that it is permissible in the Shariah for a fund manager who may be a mudharib(entrepreneur) or wakil (agent) for the investment to have a profit share of 20%.
    3. The utilization of surplus of currencies in murabahah (cost plus mark-up) transactions is legally permissible but the mechanism of murabahah used must be reviewed to ensure the validity of the contract and that is, it must be ensured that the fund must own and possess the subject matter that involves in the murabahahcontract before the sale contract is executed.
    4. Trading of currencies must be settled on a weekly basis and the Council wants to know the mechanism and method on how the weekly settlement are being done and how the investment centre settles the fund on a weekly basis.
    5. It is mentioned that the fund can be legally invested according to the Shariah and the Fatwa Council for this fund had already approved for the funds to be invested. The Council also intends to clarify on how the fund works thus it needs to obtain the fatwas or researches that the Council has prepared with regards to this issue from the management immediately to further assistance.
    6. The important thing is to know the size and nature of the risks of investing in this fund, during the currency fluctuation, and is it possible that the investor loses without limits, or is there any mechanism to mitigate and control the risk. This mechanism must also be legitimate. Shariah requires creation of mechanisms to identify and mitigate the risk, not prevent it. Therefore, if the mechanism is legitimate in the eye of Shariah then it is acceptable. Otherwise, high-risk business is then not permissible.
      The question that is directed to the fund is to request (study prepared for mechanism of control and identifying the risk in the currency market).
    7. What are the guarantees for the investors who invested in this fund? Are there banks where the funds are deposited? Do the banks guarantee the funds? And is there any insurance or guarantee from these banks for the receipt of income from the fund?

    Conclusion:Looking back to the history of investment in currencies, and since it is a field of trade related to the Shariah rules of al-sarf, where it needs to observe rules that are very precise, and because the bank is religiously obliged -in all of its investments- to be aware of the size and type of risk, due to its capacity as an agent and trustee to the depositors and shareholders, the Council considers requesting for a thorough study to be conducted on the fund, its objectives and mechanisms, its contracts, method in executing it, and its risk calculation.

    The Council is pleased to contribute to the correction and the development of the mechanisms or any means that benefit the fund, and it wants the bank itself to run this activity if it its feasibility is positively acknowledged based on the risk study. However, analyzing the experiences and the modus operandi of others are deemed necessary to the Council, and the Council has information about the existence of such funds in some of the Arab and Islamic countries.

    Click here to view the arabic version
    Source:

    Fatawa Hai’ah al-Fatwa wa al-Raqabah al-Shar’iyyah Li Bank Dubai al-Islami (Volume 2) (p711)

 

Hukum Pelaburan Di Dalam Dana Matawang

  1. Dubai Islamic Bank 

    Soalan:Apakah parameter Syariah dalam pelaburan di dalam dana matawang?

    Jawapan:

    Majlis telah mengkaji tajuk di atas dan telah meneliti kertas kajian yang berkaitan yang menerangkan berkenaan dana tersebut serta objektif termasuk modus operandinya; dan berikut adalah hasil kajian tersebut:

    1. Dana tersebut diniagakan di dalam pelbagai jenis matawang; sama ada berbentuk jualan matawang mahupun belian matawang dan ini dikategorikan  sebagai tukaran matawang asing (akad sarf). Urusniaga pertukaran matawang asing mempunyai spefikasi tersendiri dan syarat-syaratnya yang terperinci yang mesti dipatuhi. Oleh itu, adalah mandatori untuk memastikan modus operandi dana- yang mengurus urus niaga di dalam pelbagai jenis matawang- untuk mematuhi syarat-syarat transaksi jual dan beli serta syarat-syarat penghantaran /penyerahan fizikal. Seperti yang dinyatakan di dalam prospektus, jual beli tersebut akan dilakukan secara lani, dan ini membuktikan pemegangan (qabadh) dua pertukaran tersebut. Walaubagaimanapun, Majlis berpendapat bahawa dana tersebut perlulah mendapat kelulusan daripada pihak Majlis terlebih dahulu berkaitan modus operandi, mekanisme yang digunakan ketika penyerahan/penghantaran matawang tersebut, dan hal-hal berkaitan jual beli, dengan lebih terperinci dan panjang.
    2. Prospektus menyatakan bahawa pengurus dana memainkan sebagai mudharib  atau wakil (agen) di dalam pelaburan dengan mengambil keuntungan sebanyak 20% dari hasil pelaburan, ini adalah dibenarkan disisi syarak.
    3. Penggunaan lebihan untung dana matawang di dalam transaksi Murabahah (jualan kos serta mendedahkan keuntungan) adalah suatu yang dibenarkan. Namun, mekanisme yang digunakan dalam akad  murabahah hendaklah diteliti untuk memastikan keabsahan contract. Ia juga perlu dipastikan bahawa dana tersebut perlu memiliki dan memegang selepas pemilikan (qabadh) subjek dalam akad murabahah sebelum akad jual beli dimeterai.
    4. Urusniaga matawang akan diselesaikan dalam kadar secara mingguan, Majlis ingin mengetahui mekanisme dan cara bagaimana mekanisme penyelesaian  mingguan itu dilaksanakan serta bagaimana pusat pengurusan dana itu menyelesaikan dana itu bagi secara mingguan.
    5. Telah disebutkan bahawa dana tersebut boleh dilaburkan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah dan Majlis Fatwa khas bagi dana ini telahpun meluluskan dana tersebut bagi tujuan pelaburan. Majlis juga meminta pencerahan berkenaan kaedah dana tersebut beroperasi dan memohon sebarang  fatwa atau kajian yang telah disediaakan oleh Majlis Fatwa khas tersebut.  Dengan ini kami memohon tindakan segera dari pihak pengurusan dana.
    6. Perkara yang penting untuk dikenalpasti adalah saiz dan tabiat risiko yang terdedah keatas dana ini, ketika naik dan turunnya nilai matawang matawang, dan adakah pelabur boleh mengalami kerugian tanpa had, atau adakah terdapat mekanisme untuk mengatasi dan mengawal risiko tersebut. Mekanisme pengawalan risiko ini juga haruslah yang dibenarkan oleh syara’. Syariah juga menuntut kreativiti dalam mencipta dan menyediakan langkah-langkah  mengawal dan mengurangkan risiko, bukan meniadakan risiko langsung. Jika mekanisme seperti ini tidak disediakan, urusniaga yang berisiko tinggi adalah tidak dibenarkan.

    Soalan yang ditujukan kepada dana tersebut adalah untuk meminta sebuah kajian yang telah disediakan berkaitan mekanisme untuk mengatasi dan mengawal  risiko di dalam pasaran matawang).

    Apakah jaminan bagi pelabur-pelabur yang melabur di dalam dana ini? Adakah terdapat bank-bank di mana dana tersebut disimpan/didepositkan? Adakah bank-bank tersebut menjamin dana tersebut? Adakah terdapat insuran atau jaminan dari bank-bank tersebut bagi hasil kutipan dana?

    Kesimpulan:

    Jika diimbas kembali sejarah pelaburan di dalam matawang dan memandangkan ia adalah salah satu bentuk urusniaga yang berkaitan rapat dengan prinsip Sarf, maka adalah perlu untuk memenuhi syarat-syarat tertentu. Begitu juga diambil kira bahawa sesebuah bank wajib dari sudut Syara’ untuk mengetahui dengan jelas saiz dan tabiat risiko bagi setiap pelaburan yang disertai dalam peranannya sebagai wakil dan pemegang amanah ke atas harta pelabur yang melibatkan diri dalam dana yang ditawarkan, maka dengan ini Majlis meminta agar sebuah kajian terperinci dilaksanakan bagi dana tersebut dari sudut objektifnya, operasinya, akad-akadnya dan cara perlaksanaanya dengan mengambil kira risiko yang terdedah keatasnya

    Majlis dengan berbesar hati sentiasa memberi sumbangan untuk memperbaiki dan memajukankan  mekanisme yang terlibat dalam dana ini dan yang lain, bahkan akan membantu bank untuk menjalankan sendiri projek ini jika terbukti dana itu kompeten selepas membuat penelitian terhadap risiko yang ada.  Bagaimanapun, analisa pengalaman serta modus operandi pihak yang lain dianggap perlu bagi Majlis, dan Majlis mempunyai maklumat berkenaan kewujudan dana tersebut di beberapa buah negara Arab dan negara Islam.

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber:
    Fatwa of Shariah Supervisory Board, Dubai Islamic Bank (p711)