Back

Hadiah kepada Pegawai adalah Ghulul (Khianat)

Jabatan Fatwa Umum Kerajaan Jordan,

Soalan: Adakah boleh saya (seorang guru) menerima hadiah daripada pelajar-pelajar perempuan saya. Adakah terdapat perbezaan hukum samada hadiah yang diberi itu mahal atau murah? Adakah pemberian seperti ini termasuk di dalam anjuran “Salinglah memberi hadiah agar kamu saling berkasih sayang”?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam buat junjungan Rasulullah. Diharamkan bagi para pegawai untuk menerima hadiah seperti ini samada mahal ataupun murah. Berkaitan perkara ini, Imam Al-Bukhari telah merekodkan di dalam Sahihnya 

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعْمَلَ عَامِلًا، فَجَاءَهُ العَامِلُ حِينَ فَرَغَ مِنْ عَمَلِهِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي. فَقَالَ لَهُ: (أَفَلاَ قَعَدْتَ فِي بَيْتِ أَبِيكَ وَأُمِّكَ، فَنَظَرْتَ أَيُهْدَى لَكَ أَمْ لاَ؟). ثُمَّ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشِيَّةً بَعْدَ الصَّلاَةِ، فَتَشَهَّدَ وَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، ثُمَّ قَالَ: (أَمَّا بَعْدُ، فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ 

Bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam telah melantik seorang ‘amil (pegawai kutipan zakat), kemudian datanglah ‘amil tersebut kepada baginda setelah tamat tugasnya dan beliau berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah harta untuk kamu dan ini pula adalah yang dihadiahkan kepadaku. Rasulullah kemudian bersabda: Adakah jika duduk dirumah ibu bapamu, adakah kamu akan diberikan hadiah atau tidak?. Tidak lama selepas itu, Rasulullah berdiri selepas menunaikan solat dan berucap. Selepas melafazkan Syahadah dan memuji Allah dengan selayaknya, Rasulullah kemudiannya bersabda: “ Amma Ba’du, apakah gerangannya seorang ‘Amil yang ditugaskan datang kepada kita kemudian mengatakan harta ini adalah milik kamu dan harta ini pula dihadiahkan kepadaku. Adakah jika hanya duduk di rumah ayah dan ibunya maka dia akan diberikan sebarang hadiah. Demi Allah yang jiwa Muhammad dibawah kekuasaanya, tiadalah seseorang yang mengambil harta secara khianat kecuali pasti pada hari Kiamat kelak akan dipikul diatas kepalanya. 

(Riwayat Bukhari: 6636)

Juga diriwayatkan oleh Abu Daud didalam kitab Sunannya bahawa Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: 

مَنِ اسْتَعْمَلْنَاهُ عَلَى عَمَلٍ فَرَزَقْنَاهُ رِزْقًا، فَمَا أَخَذَ بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غُلُولٌ

Sesiapa yang telah kami lantik bagi sebuah tugasan dalam keadaan dibayar upah, maka apa yang diambil lebih daripada itu dikira Ghulul. 

(Riwayat Abu Daud: 2943)

Juga diriwayatkan bahawa Baginda Sallahu ‘Alaihi wasallam bersabda:

هَدَايَا الْعُمَّالِ غُلُولٌ

Hadiah para pegawai adalah Ghulul

(Musnad Imam Ahmad: 23090)

Oleh yang demikian, kami menasihati agar kamu tidak menerima hadiah tersebut sebagai mengelakkan diri dari melebihkan beberapa pelajar. Sesungguhnya jiwa manusia biasanya akan cenderung kepada sesiapa yang memberikan hadiah maka ini akan menzalimi pelajar yang lain. Selain daripada itu, ini juga boleh menyebabkan seseorang guru itu ditohmah oleh pengurusan sekolah dan pihak bertanggungjawab sebagai bersifat bias keatas pelajar-pelajar yang tidak membelikan hadiah. Lebih-lebih lagi penerimaan hadiah seperti itu akan memberatkan pelajar lain kerana rasa terpaksa juga menyediakan hadiah untuk bersaing untuk memperoleh perhatian dan rasa saying dari para guru. Begitulah seorang guru itu akan memasuki putaran yang perlu dijauhi sejak awal lagi. 

Namun begitu, pemberian hadiah seperti ini boleh diganti dengan cara seperti diadakan majlis yang disertai oleh para guru dan anak murid sebagai tanda terima kasih kepada guru pada setiap semester pengajian ataupun alternatif-alternatif lain yang lebih bermanfaat dan memelihara diri. Kami takut para guru akan termasuk didalam larangan para pegawai am untuk menerima sebarang hadiah daripada sesiapa sahaja. Oleh kerana itu, kami menasihatkan jika kamu telah menerima sebahagian hadiah dari murid-murid, maka pulangkanlah semula dengan kalimah yang baik ataupun letakkan hadiah tersebuat di kelas atau sekolah agar para murid memahami bahawa anda menggunakan harta tersebut untuk kegunaan peribadi. Adapun hadith “Salinglah kamu memberi hadiah agar kamu saling berkasih saying”, anjurannya adalah pada hadiah yang tidak mempunyai syubhah berlaku bias seperti yang dibincangkan. Wallahu ‘alam.

Klik di sini untuk sumber