Back

Hukum Berurusan Dengan Emas Dan Praktis Perbankannya

1) Dallah al-Barakah

Pertama:

(a)  Kami ingin menegaskan keputusan  yang dibuat oleh pelbagai Akademi Fiqh bahawa hukum hakam tukaran wang (Sarf) yang terdapat pada emas, perak dan mata wang turut terpakai pada transaksi yangmelibatkan matawang kertas dari aspek kewajipan taqabudh untuk dua pertukaran tersebut (secara lani dan dilarang menangguh atau melewatkan) dan tamathul iaitu sama nilai dan jumlahnya ketika dua pertukaran matawang dibuat.

(b)  Kami juga menegaskan keputusan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa di dalam resolusinya  No.53 (4/6) dan parameter Syariah No.1 (oleh AAOIFI) bahawa taqabudh disyaratkan oleh syarak di dalam urusniaga emas, perak dan matawang yang dilakukan melalui qabadh haqiqi (penyerahan sebenar/secara langsung) atau menerusi qabadh hukmi (penyerahan konstruktif/secara tidak langsung) di mana penyerahan secara konstruktif/secara tidak langsung yang membolehkan pemilik memindahkan matawang yang dibeli dengan menukarkan sesuatu matawang dari sebuah negara kepada nilai matawang asing yang lain di negara lain, dan memindahkan dana dari satu akaun di dalam matawang tertentu ke akaun yang lain dengan matawang yang berbeza melalui bank yang sama atau selainnya; seperti yang terdapat di dalam resolusi Majlis yang dirujuk.

Juga ditegaskan resolusi Majlis Akdemi Fiqh bahawa bilangan hari yang dibenarkan untuk sebarang penangguhan penyerahan emas atau matawang adalah dalam tempoh tiga hari –seperti yang terdapat di dalam resolusi Majlis- hal ini dibenarkan kerana atas alasan administratif/pengurusan untuk proses memindahkan hak, bukanlah penangguhan tersebut disebabkan oleh keberhutangan.

Kedua: Terdapat pelbagai bentuk ketika berurusniaga dengan emas, di antaranya:

(a)  Bentuk Pertama: Beli dan Jual Emas Secara Lani

Tidak kira sama ada dua pihak yang sedang berkontrak berada di dalam satu tempat yang sama atau di dua tempat yang berbeza, jika  mereka menjalankan transaksi menggunakan kaedah komunikasi kontemporari seperti telefon, faks, dan internet dengan penyerahan konstruktif/secara tidak langsung sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam klausa serta emas tersebut tidak diniagakan melalui kontrak jualbeli atau kontrak hibah sebelum seseorang itu mempunyai hak untuk melakukannya, maka transaksi ini dibenarkan oleh Syariah.

(b)  Bentuk Kedua: Beli dan Jual Emas menggunakan Buku Simpanan / Passbook

Hal ini berlaku melalui belian emas dalam bilangan tertentu daripada bank yang akan direkod ke dalam akaun pelanggan  dan disempurnakan bayarannya; dalam masa yang sama emas tersebut disimpan oleh bank. Pelanggan juga turut melantik bank sebagai agennya untuk menjual emas tersebut apabila nilai emas meningkat. Bentuk transaksi ini dibenarkan jika transaksi tersebut disempurnakan dengan dipastikan jumlah emas yang dibeli dan dapat dibezakan daripada emas orang lain serta emas itu mesti telah menjadi milik pelanggan. Ini dapat dilakukan dengan mencop emas tersebut atau dengan meletak nombor siri yang khas bagi emas tersebut, supaya mengelak pihak lain bertransaksi dengannya.

(c)  Bentuk Ketiga: Persetujuan untuk Simpanan Emas bersama pertukaran  Simpanan Harga

Transaksi tersebut dinamakan “Azzahabul ‘Ayn” dan ia dilaksanakan apabila pelanggan menyimpan sejumlah wang ke dalam bank untuk tujuan simpanan, bersama dengan bayaran insuran yang telah dipersetujui. Kemudian bank tersebut akan menyerahkan emas tersebut kepada pelanggan tanpa menjual emas (subject matter) tersebut kepadanya. Pelanggan tersebut mempunyai hak untuk membeli emas tersebut atau sebahagiannya bila-bila masa yang dikehendakinya. Setelah pelanggan membeli emas tersebut, bank akan menolak  sejumlah yang menyamai nilai emas daripada akaun pelanggan tersebut. Jika jumlah wang meningkat (melebihi nilai emas) maka akan dikenakan diskaun pada insuran. Jika nilai emas meningkat melebihi nilai jumlah wang yang didepositkan/disimpan dan diinsurankan sepanjang tempoh simpanan tersebut, pelanggan harus membayar lebih bagi insuran.

Bentuk transaksi emas ini adalah dilarang kerana ketiadaan kontrak jualan yang pasti, dan transaksi di atas adalah transaksi yang hanya semata-mata berdasarkan pertukaran tanggungjawab di dalam menjamin emas tersebut (subject matter) selain dari jaminan kedua-duanya atas aset yang berada di tangan masing-masing. Jadi, kesan bagi perjanjian sebegini adalah, bank membenarkan pelanggan bertransaksi bersama emas tersebut samaada melalui kontrak jualbeli, menempanya dan menukarnya dengan emas yang semisal dengannya.Dan jika pelanggan tidak membayar tambahan nilai insuran apabila nilai emas meningkat melebihi jumlah deposit/simpanan pelanggan serta insuran yang telah dibayar, maka bank akan menganggap pelanggan telah membeli emas tersebut.

Walaupun transaksi tersebut dilarang dan aqad tersebut dianggap fasid (rosak), namun jika pelanggan di dalam keadaan memerlukan dengan dilaksanakan kontrak baru untuk tujuan pembelian emas tersebut atau sebahagiannya, dengan ditolak harga emas tersebut dari akaunnya,  maka ketika ini transaksi ini dikira sah.

Ketiga: Sijil Emas dan Saham Syarikat Carigali Emas:

Memandangkan syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti carigali emas mempunyai aset selain dari emas –aset fizikal seperti aset tetap, dan bukan fizikal seperti nama syarikat perniagaan-- maka saham syarikat seperti bercampur, dan boleh jadi emas tersebut sekadar mengikut sifat aset dan manfaat utama saham tersebut jika nilainya tidak kurang daripada nilai emas apabila dibandingkan. Maka dengan ini ia dibenarkan untuk dibeli tanpa perlu memenuhi syarat tamathul (sama jumlah dan kuantiti) memandangkan pertukaran tersebut melibatkan dua perkara yang berbeza iaitu emas dengan jenis  yang lain (aset dan manfaat), dengan pembayaran harganya mesti dibuat secara  lani seperti yang tertera dalam resolusi Majlis Akademi Fiqh no. 84 (9/1). Ini kerana syarat taqabudh masih terpakai. Penyerahan/pemindahan saham atau sijil tersebut, atau pendaftaran ke dalam akaun tersebut adalah dianggap sebagai qabdh hukmi (penyerahan konstruktif) untuk transaksi berkaitan emas.

Klik di sini untuk versi Arab

Sumber:
Qararat wa Tausiyat Nadawat al-Barakah lil-Iqtisad al-Islami (2010) (h193)

2) Dubai Islamic Bank

Soalan:

Terdapat soalan yang diajukan kepada Majlis berkaitan dengan keharusan penjualan emas  menggunakan kontrak Murabahah, dengan cara penyerahan emas dilakukan secara lani tetapi menangguh bayaran –bayarannya adalah dengan duit kertas-, yang akan dibayar secara beransur-ansur atau sekaligus.

Jawapan:

Majlis telah meneliti kajian-kajian yang telah ditulis, perbincangan-perbincangan yang  diadakan, seminar, kajian persidangan  yang telah diadakan berkenaan tajuk ini;dengan itu menggariskan resolusi berikut:

Terdapat larangan yang cukup jelas berkenaan menjual emas dengan emas melainkan dengan nilai yang sama dan pertukaran secara lani. Para fuqaha sejak dahulu hinggalah kini bersetuju bahawa definisi emas di sini merangkumi emas yang ditempa seperti syiling emas dan emas yang tidak ditempa seperti barang kemas, debu emas dan lain-lain lagi. Emas dengan segala bentuknya yang berlainan adalah dilarang untuk diambil jumlah tambahan dan ditransaksi secara bertangguh apabila ia ditukarkan dengan emas. Walaubagaimanapun, sebahagian muhaddithin (ahli hadith) berbeza pandangan di mana mereka mengatakan tidak wujud unsur riba apabila berurusan dengan emas jika ia dianggap sebagai komoditi sebagaimana komoditi yang lain. Pandangan ini bertentangan dengan ijma’ (kesepakatan ulama’ Islam) maka pendapat ini adalah tertolak. Hal ini kerana hadith-hadith yang ada jelas menyatakan berkenaan jualbeli emas dengan emas secara umum.

Telah dinyatakan bahawa majoriti jumhur fuqaha’ mengatakan illah di dalam pengharaman dalam isu emas ini adalah sifatnya sebagai matawang, iaitu ia dianggap sebagai harga, dan emas termasuk di bawah kategori ini. Apa-apa yang dianggap sebagai matawang  seperti wang kertas atau wang fiat, maka dianggap sebagai jenis matawang yang tersendiri, dan jika ia ditukar dengan emas maka sebarang nilai tambahan adalah dibenarkan tetapi dengan syarat pertukaran tersebut mesti dilakukan secara lani dan tiada sebarang unsur penangguhan di dalam transaksi tersebut.

Sebahagian penyelidik kontemporari mempunyai sudut pandangan yang berbeza di mana mereka menyatakan bahawa matawang bukanlah emas dan ia tidak mewakili emas kerana ketiadaan timbalan emas dalam wang kertas sekarang , maka ia tidak menyerupai sijil yang mewakili emas. Ia hanya mewakili suatu jenis khidmat atau barang yang mewakili nilai ekonomi bagi sesuatu kaum, maka salah satu pertukaran dalam transaksi ini (emas dengan matawang) adalah emas dan satu lagi adalah hak keatas  sesebuah nilai tertentu bagi barangan atau khidmat, maka ini adalah diharuskan.

Realitinya, illah sebegini tidak tepat kerana illah kewujudan unsur riba di dalam urusniaga emas adalah sifat matawang/harga, dan wang kertas tersebut juga adalah matawang, dan ia merupakan sebagai unit ukuran. Wang kertas juga merupakan unit penyimpan nilai selain ia diterima umum sebagai alat pertukaran. Maka hukum emas turut terpakai pada wang kertas bahawasanya illah pengharaman riba tersebut adalah matawang (الثمنية).

Klik di here sini untuk versi Arab

Sumber: 
Fatawa Hai’ah al-Fatwa wa al-Raqabah al-Shar’iyyah Li Bank Dubai al-Islami (Jilid 1) (h244).

3) Dubai Islamic Bank

Soalan:

Adakah diharuskan untuk menggunakan kad VISA untuk membeli emas? Memandangkan terdapat dua cara bagi peniaga untuk mendapatkan nilai tersebut.

Cara pertama: melalui mesin P.O.S, yang dihubung melalui komputer di bank bagi mendapat kelulusan. Di dalam hal ini, peniaga tersebut mendapat harga bayaran tersebut dalam tempoh 3 hari.

Cara kedua: melalui penggunaan seesuatu alat yang tidak dihubungkan dengan komputer tersebut. Di dalam situasi ini, peniaga tersebut akan mendapat harga bayaran tersebut dalam tempoh diantara 4 hari ke seminggu.

Kami memohon pandangan anda mengenai dua cara yang digunakan oleh peniaga seperti disebut di atas.

Jawapan:

Adalah diharuskan untuk menjalankan transaksi emas dan perak menggunakan kad VISA, sama ada peniaga tersebut menggunakan alat yang dihubungkan dengan bank yang mengeluarkan kad tersebut bagi kelulusan segera, ataupun peniaga tersebut menggunakan alat yang tidak dihubungkan dengan bank yang mengeluarkan kad tersebut bagi kelulusan segera, selagi mana kad tersebut membolehkan/melayakkan pemegangnya untuk membeli dan membenarkan pembayaran segera untuk ditolak dari akaunnya. Hal ini demikian kerana kad dengan penolakan segera (immediate deduction) dianggap sebagai taqabudh hukmi(penyerahan konstruktif).

Klik di here sini untuk versi Arab

Sumber: 
Fatawa Hai’ah al-Fatwa wa al-Raqabah al-Shar’iyyah Li Bank Dubai al-Islami (Jilid 2) (h840)