Back

Restructuring and Rescheduling in Islamic Financing Agreement

The SAC, in its 26th meeting dated 26 June 2002, has resolved that the proposal to cross refer a rescheduling and restructuring Islamic financing agreement to the original agreement for the purpose of stamp duty exemption is permissible provided that it is done after termination of the original agreement. In relation to the case of restructuring, the SAC has recognised the cross reference method to the original agreement which has been terminated on the ground of maslahah, which is, to avoid double payment of stamp duty. In the 32nd meeting dated 27 February 2003, the SAC has also resolved that based on mutual agreement, the financing period for the customer may be extended without the need for a new contract, provided that both parties satisfy all concluded promises and the price imposed on the customer does not exceed the original sale price.

Reference: Shariah Resolutions in Islamic Finance (2nd edition), BNM, http://www.islamicfinance.com/wp-content/uploads/2015/01/Shariah-Resolutions-2nd-Edition-En.pdf

 

Penstrukturan Semula (Restructuring) dan Penjadualan Semula (Rescheduling) dalam Perjanjian Pembiayaan secara Islam

MPS pada mesyuarat ke-26 bertarikh 26 Jun 2002 telah memutuskan bahawa cadangan untuk melaksanakan perjanjian penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan secara Islam untuk dirujuk silang dengan perjanjian asal bagi tujuan pengecualian duti setem dibenarkan dengan syarat ia dilakukan setelah perjanjian asal dibubarkan terlebih dahulu. Dalam kes penstrukturan semula, MPS menerima kaedah rujuk silang kepada perjanjian asal yang telah ditamatkan atas dasar maslahah iaitu bagi mengelakkan pembayaran duti setem sebanyak dua kali. Pada mesyuarat ke-32 bertarikh 27 Februari 2003, MPS turut memutuskan bahawa berdasarkan persetujuan bersama dalam perjanjian, tempoh pembiayaan kepada pelanggan boleh dilanjutkan tanpa berakad semula dengan syarat kedua-dua pihak melaksanakan semua janji yang dimeterai dan juga harga yang dikenakan ke atas pelanggan tidak melebihi harga jualan asal yang dimeterai.

Reference: Shariah Resolutions in Islamic Finance (2nd edition), BNM, http://www.islamicfinance.com/wp-content/uploads/2015/01/Shariah-Resolutions-2nd-Edition-En.pdf