Back

Permissibility of using Credit Card in Islam

  1. Shariah Advisory Council, Bank Negara Malaysia

    Resolution:

    The SAC, in its 77th meeting dated 3 July 2008 and 78th meeting dated 30 July 2008, has resolved that the proposed credit card structured based on the concept of ujrah is permissible subject to the following conditions:

    i. Islamic financial institutions shall ensure that the ujrah is imposed as a consideration for the provision of actual or non-fictitious services, benefits and privileges that are permissible under Shariah;

    ii. The imposition of different amount of ujrah on various types of credit cards that offer different kind of services, benefits and privileges is permissible;

    iii. The imposition of ujrah on the services, benefits and privileges which are not related to qard, deferment of debt and exchange of cash with cash at a different value is permissible; and

    iv. The imposition of ujrah on the services, benefits and privileges relating to qard, deferment of debt and exchange of cash with cash at a different value is not permissible. However, charges may be imposed to cover the actual management cost (nafaqah/taklufah).

    Source:Click here to view the source

  2. International Islamic Fiqh Academy

    Resolution No.108 (2/12) on “Credit Cards”:

    The Council of the International Islamic Fiqh Academy of the Organization of the Islamic Conference in its Twelfth Session held in Riyadh (Kingdom of Saudi Arabia) during the period from the 25th of Jumad Thani to 1st of Rajab 1421 H (23-28/9/2000),

    And on the basis of its Resolution No. 65/1/7 on Financial Markets which decreed postponement of passing a final decision on the issue of Credit Cards to a forthcoming session,

    And in view of its Resolution No. 102/4/10, and after studying the research papers on Credit Cards, submitted to it, and listening to the discussions of the Fuqaha’a and economists, and in view of its Resolution No. 63/1/7 which defines the Credit Card as:

    A document that its issuer (issuing bank) gives to a natural or legal person (card bearer) according to a contract between them. The card bearer becomes able, by virtue of this arrangement, to purchase goods or services from those who recognize the card without immediate payment of the price as commitment will thus fall on the issuer. Payment is made from the account of the issuer who will afterwards charge the card bearer at regular time intervals. Some issuers used to impose usurious interest on the total outstanding balance that the bearers owe to them, after due date of payment, while other do not,

    Decides the following:

    Firstly:it is impermissible in Shariah to issue a Credit Card or use it if its conditions include imposition of usurious interest. This is so even if the card bearer has the intention to pay within the moratorium period that precedes imposition of interest.

    Secondly:it is permissible in Shariah to issue Credit Cards that do not carry a condition of imposing interest on the debt. Permissibility of this deal entails also two further considerations:

    A) Permissibility for the issuer to take from the bearer a specific amount of money at the time of issuing or renewal of the Card. Such amount constitutes the actual fee that the issuer deserves according to the services it provides to the bearer.

    B) Permissibility for the issuer to take a commission on the goods or services purchased by the bearer, provided that such goods or services are sold at the same price whether in cash or credit.

    Thirdly:Using Credit Cards for cash drawing results in a loan from the issuer to the bearer and is permissible if it does not entail payment of usurious interest. The fixed amount of money to be taken by the issuer as a fee for his actual services, and which has nothing to do with the loan amount or duration is not considered as usurious. However, any charge over and above the fixed amount is impermissible because it is usurious as indicated in Resolutions No.13 (10/2) and 13(1/3) of the Academy.

    Fourthly:It is impermissible to use Credit Cards for purchasing gold, silver and currencies.

    Click here to view the arabic version

    Source:

    Resolutions and Recommendations of the Council of the International Islamic Fiqh Academy 1985-2000. Click here to view.

 

Keharusan Pengunaan Kad Kredit Islam

  1. Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-77 bertarikh 3 Julai 2008 dan mesyuarat ke-78 bertarikh 30 Julai 2008 telah memutuskan bahawa kad kredit yang berdasarkan konsep ujrah seperti yang dicadangkan adalah dibenarkan, tertakluk kepada perkara berikut:

    i.    Institusi kewangan Islam hendaklah memastikan ujrah yang dikenakan merupakan tukaran kepada perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan sebenar ( non-fictitious ) yang berlandaskan Syariah;

    ii. Pengenaan ujrah yang berbeza bagi jenis kad kredit yang menawarkan perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat yang berbeza adalah harus;

    iii. Pengenaan ujrah bagi perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan yang tidak berkaitan dengan pemberian qard , penangguhan hutang dan pertukaran tunai dengan tunai pada nilai berbeza adalah dibenarkan; dan

    iv.  Pengenaan ujrah bagi perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan yang berkaitan dengan pemberian qard , penangguhan hutang dan pertukaran tunai dengan tunai pada nilai berbeza adalah tidak dibenarkan. Namun demikian, caj bagi menampung kos sebenar ( nafaqah/taklufah ) pengendaliannya boleh dikenakan.

    Klik di sini untuk sumber

    Resolusi No.108 (2/12) berkenaan "Kad Kredit": Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dalam Pertubuhan Persidangan Islam Sesi Ke-12 yang diadakan di Riyadh (Arab Saudi) pada 25 Jamadil Akhir hingga 1 Rejab 1421H (23-28/9/2000).

    Berdasarkan Resolusi No. 63(1/7) bagi tajuk Pasaran Modal telah diputuskan penetapan penangguhan berkaitan kad kredit akan dibuat pada sesi yang akan datang.

    Dan berdasarkan Resolusi No. 102/4/10 setelah diteliti kertas kajian mengenai kad kredit yang dikemukakan kepada Majlis dan setelah didengari oleh  para cendekiawan dan ahli ekonomi dalam perbincangan serta berdasarkan Resolusi No. 63(1/7) yang mentakrifkan kad kredit sebagai:

    Satu dokumen diberikan oleh pengeluarnya (bank) kepada seseorang individu atau entiti (pemegang kad) dengan ikatan kontrak di antara mereka yang membolehkan pemegang kad membeli barang-barang atau perkhidmatan daripada penjual yang mengiktiraf kad tanpa perlu membuat pembayaran segera kerana jaminan pembayaran yang dibuat oleh pengeluar kad. Pembayaran dibuat melalui akaun  pengeluar kad (bank)  di mana selepas itu caj akan dikenakan ke atas pemegang kad pada selang waktu yang ditentukan. Sebahagian pengeluar mengenakan kadar faedah (riba) pada jumlah baki yang belum dilangsaikan selepas satu tempoh tertentu dari tarikh (hutang tersebut) yang dituntut manakala sebahagian pengeluar tidak mengenakan sebarang kadar faedah.

    Keputusannya adalah seperti berikut:

    Pertama:Tidak dibenarkan untuk mengeluarkan kad kredit atau menggunakannya jika ia mensyaratkan pengenaan kadar faedah (riba) walaupun pemegang kad berazam untuk membayar dalam tempoh yang tidak dikenakan caj kadar faedah.

    Kedua:Dibenarkan untuk mengeluarkan kad kredit jika tidak disyaratkan sebarang pengenaan caj faedah atas hutang. Keharusan aqad ini melihat kepada dua jenis pertimbangan:

    A)  Dibenarkan bagi pengeluar kad untuk mengambil sejumlah wang yang tertentu daripada pemegang kad ketika pengeluaran atau pembaharuan Kad atas kos sebenar (actual cost) di atas perkhidmatan yang telah disediakan kepada pemegang kad.

    B) Dibenarkan pengeluar kad untuk mengambil komisen atas barang-barang atau perkhidmatan yang dibeli oleh pemegang kad dengan syarat bahawa barang-barang atau perkhidmatan itu dijual pada harga yang serupa samaada dalam bentuk tunai atau kredit.

    Ketiga:Penggunaan kad kredit untuk mengeluarkan tunai adalah sebuah bentuk pinjaman (Qardh) daripada pengeluarnya. Oleh itu, transaksi seperti ini tiada larangan menurut Syara’ selagimanatidak melibatkan pembayaran caj faedah (riba). Jumlah caj tertentuyang diambil oleh pengeluar kad sebagai bayaran untuk kos perkhidmatan sebenar yang tidak berkaitan dengan jumlah pinjaman atau tempoh bayaran tidak dianggap sebagai riba. Apa-apa caj tambahan ke atas perkhidmatan sebenar adalah haram kerana ia merupakan riba yang diharamkan Syara’ seperti yang digariskan oleh Akademi Fiqh Islam Antarabangsa iaitu pada Resolusi No.13 (10/2) dan No.13 (1/3).

    Keempat:Tidak dibenarkan menggunakan kad kredit untuk membeli emas, perak dan mata wang.

    Klik di sini untuk versi Arab

    Klik di sini untuk sumber

    Resolutions and Recommendations of the Council of the International Islamic Fiqh Academy 1985-2000