Back

Membeli Komputer Secara Ansuran dan Takrif Riba

شراء كمبيوتر بالتقسيط وتعريف الربا

بسم الله الرحمن الرحيم 
تحية و بعد,من أخوكم في الله...
الحبيب أبوعلي أما بعد أرجو من سيادتكم الاستنارة في مسألة تشغلني كثيرا, ودون أن أطيل عليكم فأنا أشتغل تقني في صيانة الإعلامية وأريد شراء جهاز كمبيوتر الذي يمكن أن يساعدني كثيرا في عملي غير أني لا أملك ثمنه نظرا لمحدودية أجرتي ووجود دين بصدد تسديده لذلك فكرت في شراءه بالتقسيط, لكن ثمنه بالتقسيط يكون أكثر بكثير من ثمنه بالحاضر فهل تعد تلك الزيادة ربا إذا ما اعتبرنا أن الطرفين (أنا و البائع) راضيين بهذه الزيادة.>
ثم أرجو تعريفاً للربا حتى أستطيع أن أقيس عليه العديد من الأمثلة التي تراودني في حياتي من ذلك أذكر تجهيز بيتي بالتجهيزات الضرورية للزواج بالتقسيط نظرا لعدم أو استحالة دفعها بالحاضر ولا يوجد لدينا من يبيع بالتقسيط بثمن الحاضر, كذلك تراودني فكرة اقتراض قرض بنكي لإنشاء مشروع خاص أو لبناء منزل خاص بالحياة الزوجية و غير ذلك.
أرجوكم توضيحا عاجلا للمسألة التي تهمني في الوقت الحالي:جهاز الكمبيوتر.وجازاكم الله خيرا

: الجواب
سؤال الحبيب أبو علي يتضمن ثلاث مسائل:
1-عن جواز اشتراء حاسوب بالتقسيط مع فارق الثمن بين اشترائه حالاً واشترائه مؤجلاً. وهذا البيع جائز لا مانع منه شرعاً وهذا مذهب جماهير العلماء لقوله تعالى﴿ وأحل الله البيع وحرم الربا﴾ ولا فرق في البيع الآجل بين تأجيل الثمن كله أو تقسيطه.
2- ما هو الربا ؟ الربا أنواع كثيرة كما قال عمر رضي الله عنه وقد اختلف العلماء في مدلوله هل هو كل بيع فاسد أو هو الزيادة في ربا النسيئة في القروض والديون أو في ربا الفضل في الجنس الواحد. و أشهر أنواع الربا في العصر الحاضر هو ربا القروض الذي تمارسه البنوك التقليدية وهو عبارة عن نقود تلد بنقود بلا واسطة سلع وهو غير جائز شرعاً.
3- وهذا الجواب يرد على سؤالك الثالث المتعلق بنيتك الاقتراض من البنك بزيادة. والله تعالى أعلم.

Bismillahirrahmanirrahim 

Dengan segala penghormatan daripada Saudara mu, Al-Habib Abu ’Ali

Amma Ba’d 

Saya ingin memohon pencerahan dari pihak tuan tentang sesuatu yang merunsingkan diri saya. Tanpa memanjangkan kata-kata, saya merupakan perkerja teknikal bagi kerja penyelenggaran media dan saya ingin membeli sebuah komputer bagi memudahkan urusan kerja saya. Namun begitu, saya tidak mempunyai tunai yang mencukupi disebabkan gaji yang terhad dan komitmen bayaran lain yang perlu didahulukan. Oleh kerana itu, saya mempertimbangkan untuk membelinya secara ansuran tetapi apa yang merungsingkan adalah harga komputer itu secara ansuran adalah lebih tinggi berbanding jika membayarnya secara tunai. Adakah harga tambahan dalam jualan tertangguh ini dikira sebagai riba walaupun dilakukan dengan keredhaan pembeli dan penjual. 

Saya juga ingin memohon pencerahan tentang pengertian riba yang sebenar agar dapat dijadikan panduan untuk isu-isu lain yang berlegar dalam kehidupan saya. Diantaranya seperti menyediakan peralatan asasi bagi rumah untuk perkahwinan saya yang bakal berlangsung dengan cara membelinya secara bayaran ansuran (dengan harga yang lebih tinggi) kerana tiada penjual dikalangan kami yang menjual perabot secara ansuran dengan harga yang sama jika dibeli secara tunai (lani). Saya juga terfikir untuk melakukan pinjaman wang dari bank untuk dijadikan modal bagi sebuah projek atau demi tujuan pembinaan rumah keluarga ataupun demi tujuan yang lain.

Jawapan:

Terdapat 3 perkara dari soalan yang diajukan oleh Al-Habib Abu Ali seperti berikut:

  1. Tentang keharusan membeli komputer secara ansuran dengan perbezaan harganya jika dibeli secara ansuran, jualan seperti ini adalah harus dan tiada larangan dari sudut Syara’ dan ini adalah mazhab jumhur ‘Ulama berdasarkan firman Allah Taala: 

    Maksudnya: Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba 
    (Al-Baqarah: 275)

    Tiada perbezaan tentang keharusan jual beli bertangguh samada ditangguh seluruh harga pada waktu yang ditetapkan atau dibayar secara beransur sehingga tempoh tertentu.
  2. Apakah itu riba? Riba mempunyai pelbagai jenis sepertimana yang disebut oleh Saidina Umar dan terdapat perbezaan sudut pandangan dikalangan para Ulama’ dalam menentukan perinciaannya; adakah ia adalah seluruh jual beli yang fasid (rosak), ataupun ia adalah tambahan harga pada Riba An-Nasiah pada kontrak Qardh dan hutang ataupun ia adalah Riba Al-Fadhl pada tukaran harta yang sama jenis. Jenis riba yang paling masyhur dalam transaksi semasa adalah riba Al-Qardh (pinjaman wang) yang ditawarkan oleh bank-bank konvensional yang tabiatnya adalah seperti melahirkan wang dengan menggunakan wang tanpa sebarang barangan yang ditransaksi dan ini adalah haram daripada sudut Syara’.
  3. Jawapan diatas juga menjawab soalan yang ketiga yang berkaitan dengan niat anda untuk meminjam wang daripada dengan faedah. Wallahu ‘alam

Klik di sini untuk sumber