Merchant Story

Payak Coffee Rich - Semporna, Sabah

09 November 2021

4 min read

“Saya mula berniaga minuman sejak tahun 2016. Dari gerai tepi jalan, bazar ramadan, karnival karnival hingga pasar malam. Ada rezeki lebih kami buka 1 kedai di Taman Sempol. Alhamdulillah, minuman Kopi Ais Kaww kami digemari ramai, namun masih belum popular dan jualan statik saja.

Bila COVID-19 melanda dunia, kami turut terkesan. Kedai kena tutup. Tak dapat berniaga. Kami tiada pendapatan. Bila boleh buat delivery, Alhamdulillah dapat sedikit pendapatan untuk sara famili besar saya.

Then, apabila PKPP dan PKPD, kedai dah boleh buka. Namun jualan kami tak seperti dulu... sangat sangat kurang. Macam-macam kami cuba. Nak buat loan tak boleh… apply geran itu ini tak boleh sebab kami tiada akaun bank syarikat. Hingga lah satu hari sis Jocelyn Maybank Semporna approach saya untuk daftar QRPayBiz. Bermula dari situ. Akaun bank syarikat dibuka… QRPayBiz aktif dan sis Jocelyn offer saya untuk join Sama-Sama Lokal.

Maybank Semporna sangat supportive. Ini menaikkan semangat kami di saat jualan jatuh. Saya kembali positif.

Start dari situ… saya belajar urus Sama-Sama Lokal. Urus Kewangan. Promote pada kawan-kawan di media sosial. Jualan di Sama-Sama Lokal ada peningkatan. Dan ini sedikit sebanyak menaikkan jualan harian kami. Terima kasih Maybank Semporna di atas sokongan dan bantuan untuk Usahawan Semporna.

"Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, namun selepas hujan ada pelangi yang cantik menggembirakan hati."

Merchant Story
Rasai Machan - Sri Lanken restaurant
Merchant Story
Abang Style - From Sarawak
Back